MALE, MALDIVES, 20 SEPT – India hari ini mengumumkan pinjaman berjumlah AS$250 juta kepada Maldives untuk merangsang ekonominya yang terkesan akibat koronavirus dalam usaha untuk mengatasi pengaruh kewangan China di Asia Selatan. Negara gugusan kepulauan Lautan Hindi itu, terkenal dengan peranginan mewahnya, telah terjejas teruk oleh pandemik, dengan pelancong asing gagal mengunjungi dalam jumlah ramai