Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    India pulangkan tentera China tersesat

    BEIJING, 21 OKT – India hari ini memulangkan seorang tentera China yang ditahan selepas tersesat di sempadan dipertikaikan di mana kedua-dua negara terbabit telah bertempur dalam beberapa bulan ini, umum tentera China.

    Korporal Wang Ya Long diserahkan kepada pihak berkuasa pada awal hari ini, kata tentera China dalam satu kenyataan.

    New Delhi berkata pada Isnin ia telah menahan Wang selepas dia menyeberangi untuk memasuki wilayah yang dikawal India di kawasan pergunungan Ladakh.

    China berkata Wang ‘sesat selepas diminta oleh gembala untuk mencari yak.’

    Kedua-dua negara telah menghantar puluhan ribu tentera dan senjata ke rantau altitud tinggi selepas pertempuran ganas pada Jun meninggalkan 20 tentera India terkorban.

    Beberapa rundingan gagal meredakan ketegangan yang meletus.

    Kedua-dua negara jiran itu kini mengukuhkan kedudukan untuk menghadapi musim sejuk pada altitud 4,200 meter, di rantau di mana suhu sering jatuh di bawah negatif 30 darjah Celsius. – AFP

    Gambar fail menunjukkan konvoi tentera India di lebuh raya Srinagar-Ladakh di Gagangeer, timur laut Srinagar,Kashmir. Tentera India berkata ia menahan seorang tentera China di rantau Ladakh pada 19 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda