Monday, January 27, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    India rai Hari Republik ke-76

    NEW DELHI, 26 JAN – India menyambut Hari Republik ke-76 hari ini dengan perarakan penuh warna-warni yang mempamerkan kekuatan ketenteraan dan kepelbagaian budaya negara itu di tengah ibu negara. Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menjadi tetamu kehormat.

    Puluhan ribu rakyat India berbaris di tepi jalan pada pagi tadi untuk menyaksikan perarakan panjang sempena ulang tahun penggubalan rasmi Perlembagaan India pada 26 Januari 1950, hampir tiga tahun selepas merdeka daripada pemerintahan penjajahan British.

    Anggota tentera dan separa tentera India, bersama kumpulan pancaragam mereka, berarak di hadapan pemimpin negara serta tetamu jemputan. Beberapa kenderaan perarakan turut memaparkan kepelbagaian budaya India, termasuk pameran mengenai Maha Kumbh, festival agama Hindu terbesar di dunia yang sedang berlangsung.

    Perarakan tersebut berlangsung di Kartavayapath, dahulunya dikenali sebagai Rajpath Avenue, yang dibina oleh pemerintah penjajahan British.

    Laluan itu telah dibangunkan semula sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-75 kemerdekaan India dan dinamakan semula sebagai Boulevard of Duty pada 2022.

    Sementara itu, Prabowo Subianto, menghadiri acara tersebut sebagai tetamu kehormat, diiringi oleh presiden dan perdana menteri India. Kumpulan pancaragam dan kontinjen perarakan seramai 342 anggota dari Angkatan Tentera Nasional Indonesia turut menyertai perarakan, menandakan kali pertama pasukan ASEAN menyertai perarakan luar negara. – AP

    Tentera India membuat persembahan semasa perarakan Hari Republik ke-76 negara itu di New Delhi kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda