Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    India rampas AS$58.7 juta libatkan siasatan syarikat pengeluar telefon pintar

    NEW DELHI, 8 JULAI – Pihak berkuasa India merampas 4.65 bilion rupee (AS$58.7 juta) membabitkan 119 akaun bank peniaga tempatan yang didakwa mempunyai kaitan dengan pengeluar telefon pintar Vivo, sebagai sebahagian siasatan berhubung pengubahan wang haram.

    Pihak berkuasa agensi penyiasatan jenayah ekonomi dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan pihak menjalankan siasatan di 48 lokasi milik Vivo Mobiles India Private Limited dan 23 syarikat bersekutunya.

    Selain duit dalam akaun bank, dua kilogram jongkong emas dan tunai bernilai 7.3 juta rupee turut dirampas sejak siasatan dilancarkan pada Februari lalu.

    Vivo India menghantar hampir 50 peratus daripada perolehannya keluar dari India, terutamanya ke China, menurut agensi India itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda