Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    India rekodkan 126 kematian harimau

    NEW DELHI, 30 DIS – Badan pemuliharaan harimau India hari ini mengatakan 126 harimau terancam mati dalam tahun 2021, jumlah tertinggi sejak ia mula mengkompilasikan data sedekad lalu.

    Kematian terbaharu direkodkan pada Rabu di tengah negeri Madhya Pradesh, menurut Pihak Berkuasa Pemuliharaan Kebangsaan (NTCA). Jumlah tertinggi kematian dalam setahun pernah direkodkan sejak kompilasi data dalam 2012 ialah pada 2016, apabila sebanyak 121 ekor harimau mati. India merupakan habitat kepada 78 peratus jumlah harimau dunia.

    Dua tahun lalu, kerajaan mengumumkan populasi meningkat kepada 2,967 daripada rekod terendah 1,411 dalam 2006, satu pencapaian yang dipuji sebagai ‘bersejarah’ oleh Perdana Menteri Narendra Modi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...