Wednesday, April 2, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    India salur bantuan ke Myanmar

    NEW DELHI, 30 MAC – India mengerahkan beberapa aset ketenteraan bagi membantu Myanmar dalam operasi menyelamat dan bantuan selepas dilanda gempa bumi.

    Pesawat ketenteraan pertama, C-130, yang membawa 15 tan bahan bantuan dihantar ke Naypyidaw pada pagi kelmarin, diikuti empat lagi penerbangan pada hari yang sama.

    Dua pesawat C-17, membawa unit hospital medan Tentera India yang terdiri daripada 118 anggota serta 60 tan bahan bantuan, turut mendarat di Myanmar.

    Sebuah lagi pesawat C-130, membawa 38 anggota Pasukan Respons Bencana Kebangsaan (NDRF) India bersama 10 tan bahan bantuan.

    Hospital medan India dilengkapi 60 katil, bagi menangani kes trauma dan pembedahan kecemasan, dijangka beroperasi pada ini.

    Tentera Laut India juga mengerahkan empat kapal, dua dari pangkalan Port Blair dan dua dari Visakhapatnam, untuk misi bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR).

    Kapal-kapal itu membawa sekitar 50 tan bahan bantuan, termasuk selimut, pakaian, ubat-ubatan penting dan bekalan makanan.

    Dua kapal pertama, INS Savitri dan INS Satpura berlepas pada kelmarin dan dijangka tiba di perairan Yangon pada pagi Isnin. – Bernama

    Pekerja penyelamat mencari di atas runtuhan di tapak runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di Bangkok, pada 30 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda