Wednesday, July 17, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    India sedia tangani banjir besar susulan gelombang haba

    NEW DELHI, 24 JUN – India sedang mengambil langkah untuk mengurangkan kesan banjir yang dijangka berlaku selepas ketibaan musim monsun susulan gelombang haba teruk musim panas ini yang menyebabkan kehilangan nyawa.

    Mesyuarat peringkat tinggi hari ini meninjau kesiapsiagaan pengurusan banjir telah mengarahkan pembinaan segera 50 kolam besar di Timur Laut India untuk mengalihkan dan menyimpan air banjir dari Sungai Brahmaputra yang sebesar lautan dan merentasi kawasan itu, lapor agensi berita Emirates (WAM).

    Sungai itu cenderung menyebabkan banjir apabila hujan lebat yang tidak dijangka berlaku.

    Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah yang mempengerusikan mesyuarat peringkat tinggi berkenaan berkata kolam besar seperti itu boleh membantu dalam pengairan, mengembangkan pertanian dengan kos rendah dan menangani banjir.

    Dengan bahaya yang semakin meningkat akibat perubahan iklim, mesyuarat itu turut meninjau fenomena yang semakin berkembang iaitu ‘banjir ledakan tasik glasier’ yang berlaku di kawasan Himalaya akibat pencairan glasier disebabkan pemanasan global.

    Shah berkata objektif strategi pengurusan bencana India tahun ini adalah ‘pendekatan sifar korban’.

    Satu kajian tahun lepas oleh kumpulan alam sekitar global terkemuka menyimpulkan bahawa 15 juta orang berisiko akibat banjir ledakan tasik glasier di Asia.

    Pada mesyuarat itu, Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) menawarkan imej satelit canggihnya untuk agensi pengurusan banjir dan air India. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Nepal, India kerjasama cari mayat hilang tragedi bas hanyut

    KATHMANDU, 17 JULAI – Pihak berkuasa tempatan sedang berkerjasama dengan pegawai sempadan daerah India untuk mencari mayat dalam kemalangan Simaltal, di mana tanah runtuh...