Wednesday, January 29, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    India selamat 67 dari pusat penipuan siber Laos

    NEW DELHI, 27 JAN – India menyelamatkan 67 lagi warganya daripada pusat penipuan siber di Laos ketika pencari kerja India terus ditipu oleh sindiket jenayah untuk melakukan penipuan dalam talian.

    Gambar hiasan Freepik

    Belia yang diselamatkan terpaksa bekerja di bawah ‘ugutan dan penderaan’ oleh penjenayah yang beroperasi di Zon Ekonomi Khas Segi Tiga Emas (GTSEZ) Laos, kata kedutaan India di Vientiane, hari ini.

    Kedutaan berkata setakat ini pihaknya telah menyelamatkan 924 warga India dan 857 telah dihantar pulang dengan selamat.

    Ia berkata mereka dijanjikan pekerjaan di Thailand tetapi diperdagangkan ke GTSEZ untuk bekerja dengan penjenayah siber. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda