Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    India terima penggunaan Aadhaar

    NEW DELHI, 26 Sept – Mahkamah tertinggi India hari ini menyokong kesahan projek identiti kebangsaan kerajaan Aadhaar, pangkalan data biometrik terbesar di dunia, tetapi mengenakan sekatan baru tentang bagaimana butir-butir peribadi lebih daripada satu bilion rakyat boleh digunakan.

    Keputusan oleh panel lima hakim Mahkamah Agung menentukan batasnya di bawah cabaran perundangan bertahun-tahun lamanya daripada pengkritik, yang berkata Aadhaar mengancam privasi individu dan menimbulkan risiko menukar negara yang mempunyai jumlah penduduk kedua tertinggi di dunia kepada negara pengawasan.

    Kerajaan menegaskan Aadhaar, yang mengeluarkan setiap warga India dengan ID 12 digit yang dikaitkan kepada cap jari dan imbasan mata hitam, akan memperkemas perkhidmatan kebajikan dan membanteras penipuan.

    Ia juga dianggap sebagai satu cara telus untuk memastikan pemberian makanan, minyak dan barang asas lain oleh kerajaan kepada penduduk paling miskin di India, tidak akan disalurkan keluar oleh orang tengah yang korup, satu masalah besar di negara dengan 1.25 bilion penduduk itu.

    Dalam keputusannya, Mahkamah Agung menyokong kesahan skim tersebut, berkata faedah jauh melebihi mana-mana risiko yang timbul.

    Hakim memutuskan sesiapa yang menggunakan perkhidmatan kerajaan, daripada mengisi borang penyata cukai kepada penilaian pencen atau kebajikan, memerlukan satu nombor Aadhaar mengikut undang-undang. Namun panel tersebut berkata syarikat tidak boleh menuntut penduduk India memberikan ID unik mereka untuk mendaftar untuk perkhidmatan seperti nombor telefon, satu aduan utama daripada penyokong persendirian yang berkata Aadhaar telah bersikap melampau. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda