Friday, February 7, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    India terus berwaspada longgarkan sekatan

    NEW DELHI, 1 JUN – Lebih banyak negeri akan dibuka semula, di mana kebanyakan penduduk dilihat berpusu-pusu untuk memulakan perjalanan semula di kebanyakan bandar di India hari ini sekali gus akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di jalan raya ketika India meneruskan rancangan untuk melonggarkan sekatan walaupun terdapatnya peningkatan dalam trend jangkitan terbaharu di negara itu.

    Pelan tiga fasa itu menyaksikan lebih banyak perniagaan dan kedai mula dibuka semula di kebanyakan negeri dan landasan kereta api mengumumkan 200 lagi kereta api penumpang khas bakal beroperasi.

    Beberapa negeri juga membuka sempadan mereka, memungkinkan berlakunya kesesakan lalu lintas kenderaan.

    Negara pesisir Maharashtra, tumpuan kepada pusat kewangan Mumbai dan Bollywood, membenarkan penyambungan semula pengeluaran filem dengan beberapa sekatan dan peraturan akan dikenakan. Tetapi ketika India mengurangkan lebih banyak sekatan, negara tersebut terus melaporkan peningkatan jangkitan.

    India hari ini naik ke tempat ketujuh dalam senarai negara-negara yang paling teruk dijangkiti virus itu, di samping Jerman dan Perancis, berikutan kes-kes yang disahkan meningkat kepada lebih daripada 190,000, termasuk 5,394 kematian. Fasa pertama pelonggaran lockdown, yang disebut Unlock 1, akan mengehadkan pembatasan ke zon yang dikenakan lockdown – kawasan yang telah ditutup akibat wabak koronavirus.

    Keadaan jalan raya di kawasan bandar lama Chowk mula sesak dan dipenuhi dengan kenderaan selepas kerajaan negara itu mula melonggarkan perintah berkurung, kelmarin. – AFP

    Lebih daripada 60 peratus kematian akibat virus di negara ini telah dilaporkan di hanya dua negeri – Maharashtra dan Gujarat. Kes baharu juga banyak tertumpu di enam negeri India, termasuk New Delhi, ibu kota negara itu.

    Terdapat kebimbangan bahawa virus itu mungkin menyebar ke kampung-kampung di India ketika berjuta-juta pekerja migran pulang dari bandar-bandar besar.

    Pakar memberi amaran bahawa wabak itu belum mencapai tahap kemuncak di India, dan kebanyakan negeri mula mengenal pasti lebih banyak zon berisiko tinggi di mana lockdown akan berterusan sehingga 30 Jun.

    Tetapi restoran, pusat membeli-belah dan tempat keagamaan dibenarkan untuk dibuka semula di beberapa tempat pada 8 Jun.

    Dalam siaran berita radio kelmarin, Perdana Menteri Narendra Modi memberi amaran kepada warganya dan meminta mereka untuk tetap waspada semasa wabak ini. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda