India tingkat pengeluaran picagari untuk penuhi permintaan vaksin

FARIDABAD, INDIA, 9 SEPT – Pengilang picagari terbesar di India meningkatkan pengeluarannya untuk menghasilkan satu bilion unit, menjangkakan peningkatan dalam permintaan ketika dunia sedang giat mencari vaksin untuk menyembuhkan koronavirus.

Walaupun fokus untuk menangani pandemik sebahagiannya tertumpu pada penghasilan vaksin, para pakar berkata keperluan peralatan perubatan untuk vaksin adalah sama penting.

Syarikat Hindustan Syringes – salah sebuah pengilang picagari terbesar di dunia – berkata mereka meningkatkan peralatan tersebut dari 700 juta setahun kepada satu bilion menjelang 2021 untuk memenuhi permintaan.

“Walaupun jika 60 peratus dari penduduk dunia telah diimunisasi, ia bermakna empat sehingga lima bilion picagari akan diperlukan,” menurut pengarah urusan Hindustan Syringes, Rajiv Nath memberitahu AFP semasa berada di kilang mereka di bahagian utara negeri Haryana.

Ketika ini lebih dari 30 calon vaksin telah diuji ke atas manusia, dengan kerajaan berharap untuk mengeluarkan vaksin secepat mungkin berikutan wabak koronavirus telah menjejaskan kehidupan serta ekonomi.

Kekurangan peralatan PPE seperti penutup mulut dan hidung telah menjejaskan usaha mengekang pandemik semasa peringkat permulaan, dan negara-negara kini mula menyimpan stok picagari, botol dan jarum suntikan.

“Kami mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk gelombang pertama vaksin yang hanya akan diedarkan kepada golongan yang diutamakan,” kata Prashant Yadav, pakar rantaian bekalan kesihatan di Sekolah Perubatan Harvard, memberitahu AFP.

“Tetapi apabila kami memberikan vaksinasi secara meluas pada peng-hujung 2021 atau 2022 dan permin-taan dos dijangka akan bertambah lebih dari 10 bilion, ketika itu bekalan picagari akan menjadi sangat terhad.” – AFP

Syarikat Hindustan Syringes menjangkakan akan menghasilkan pengeluaran picagari dari 700 juta setahun kepada satu bilion menjelang 2021 untuk memenuhi permintaan. – AFP