Monday, November 25, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    India tuntut tengkorak berusia 200 tahun dikembalikan

    NEW DELHI, 9 OKT – Ahli politik, aktivis dan ahli akademik India telah menuntut tengkorak berusia 200 tahun yang disenaraikan untuk dilelong di bekas tanah jajahan Britain agar dikembalikan ke tanah air, termasuk 25 objek lain.

    Aktivis berkata tengkorak peninggalan nenek moyang mereka pada abad ke-19 itu merupakan bukti kekejaman penjajah terhadap negeri Nagaland di India.

    Tengkorak itu ditarik balik daripada penjualan kelmarin selepas bantahan, di mana ketua menteri negeri Nagaland menggesa supaya ia dikembalikan.

    “Mayat manusia yang telah meninggal dunia menjadi hak milik dan tanah air mereka,” tulis Ketua Menteri Nagaland, Neiphiu Rio, dalam surat umum.

    Selain tengkorak India, tengkorak lain yang turut disenaraikan adalah dari Afrika, Asia dan Amerika Selatan.

    Firma lelongan swasta British, Swan Fine Art, berhampiran Oxford, ingin menjualnya pada harga sekitar AS$180,000.

    Tengkorak Naga, yang dilekatkan pada tanduk haiwan, telah ditawarkan dengan harga permulaan 2,100 paun (AS$2,746) sebelum ditarik balik.

    Bagaimanapun, tidak adanya maklum balas diterima daripada pelelong.

    Seorang ahli antropologi Naga, Dolly Kikon berkata penjualan mana-mana barangan sedemikian adalah tidak boleh diterima. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda