Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    India uji sistem digital bagi banci penduduk negara

    NEW DELHI, 7 NOV – India sedang menguji sistem perisian mudah alih sebagai persiapan untuk melaksanakan banci penduduk terbesar di dunia, dan yang pertama sepenuhnya digital, pada tahun 2027.
     
    Banci itu akan menjadi yang pertama sejak 2011 dan, buat pertama kali sejak kemerdekaan, akan merekodkan kasta penduduk, satu langkah sensitif dari segi politik yang kali terakhir dilakukan pada 1931 di bawah pentadbiran British.
     
    Ujian percubaan selama 20 hari bermula pada 10 November di kawasan terpilih di negeri Karnataka di selatan India.
     
    Ia akan menguji sistem pengumpulan data berasaskan aplikasi mudah alih serta pilihan pengisian maklumat kendiri yang direka bagi menggantikan kaedah tradisional berasaskan kertas.
     
    “Objektifnya adalah untuk menilai fungsi dan keberkesanan aplikasi digital merentasi pelbagai kawasan, daripada kawasan bandar hingga ke kawasan yang mempunyai liputan rangkaian mudah alih terhad,” menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
     
    “Percubaan ini merupakan langkah penting ke arah banci pertama India yang sepenuhnya digital, menggantikan jadual banci berasaskan kertas.”
     
    Usaha ini merupakan cabaran logistik yang amat besar, pengundian dalam pilihan raya umum 2024 dilakukan secara elektronik, dan proses itu berlangsung dalam tujuh fasa selama enam minggu.
     
    Namun banci perlu dijalankan serentak untuk merakam gambaran tunggal populasi, dan mengelakkan pengiraan berganda. – AFP
     
    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda