Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Individu didakwa, cuba buka pintu MRT bergerak

    SINGAPURA, 29 DIS – Seorang pengguna pengangkutan awam yang dirakam dalam video cuba membuka pinta kereta api MRT dari dalam telah diberikan satu lagi pertuduhan menganggu ketenteraman awam, hari ini.

    Vanessa Wang Zi Qi, 47, kini menghadapi keseluruhan tiga pertuduhan gangguan awam dan satu pertuduhan penderaan.

    Menurut dokumen mahkamah, Wang didakwa telah membuka pintu kereta api di Stesen Yio Chu Kang pada kira-kira jam 11 pagi pada 1 Disember, menyebabkan keresahan kepada para penumpang.

    Walaupun dokumen tersebut tidak menjelaskan sama ada kereta api sedang bergerak pada ketika itu.

    Wang sebelum ini juga telah didakwa melakukan kesalahan serupa di stesen Braddell pada 27 November dan di stesen Ang Mo Kio pada 29 November.

    Selain itu, Wang turut dituduh menendang kaki seorang lelaki di stesen Ang Mo Kio pada 29 November.

    Dalam video insiden pada 29 November, seorang penumpang cuba membuka pintu geseran kereta api yang sedang bergerak di Lintasan Utara-Selatan.

    Reaksi pengguna pengangkutan lain yang berteriak meminta individu tersebut berhenti turut dirakam dalam video tersebut.

    Dalam kenyataan terdahulu kepada The Straits Times, Presiden SMRT Lim Sheau Kai berkata kakitangan SMRT dimaklumkan mengenai kejadian di dalam kereta api itu kira-kira pukul 1 petang 29 November lalu. – ANN/The Straits Times

     

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda