Monday, July 14, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Individu dihukum mati akibat rogol, bunuh

    TEHRAN, 13 JULAI – Pihak berkuasa Iran kelmarin melaksanakan hukuman mati secara terbuka terhadap seorang lelaki yang disabitkan kesalahan merogol dan membunuh seorang wanita muda, kata badan kehakiman.

    Keluarga mangsa, dari bandar raya di barat laut Bukan, telah terlibat dalam prosiding undang-undang dan meminta hukuman mati secara terbuka, menurut laman web berita badan kehakiman, Mizan Online.

    “Kes itu diberi perhatian khusus kerana kesan emosi yang ditimbulkannya terhadap pandangan umum,” kata ketua hakim wilayah, Naser Atabati, dipetik dari Mizan Online.

    Hukuman mati itu dikeluarkan Mac lalu dan kemudiannya dikekalkan oleh mahkamah tertinggi republik Islam itu.

    Hukuman mati tersebut dilakukan secara terbuka atas permintaan keluarga dan rakyat mangsa, kerana kesan emosi kes itu terhadap masyarakat,” kata Atabati.

    Hukuman mati, lazimnya dilakukan dengan cara digantung, walaupun jarang berlaku di Iran tetapi berlaku dalam kes yang dianggap sangat teruk itu.

    Kesalahan bagi kes bunuh dan rogol boleh dijatuhkan hukuman mati di Iran, hukuman mati kedua paling prolifik di dunia selepas China, menurut kumpulan hak asasi manusia termasuk Amnesty International. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda