Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Individu maut disedut enjin pesawat

    ROM, 9 JULAI – Lapangan Terbang Bergamo-Orio al Serio di utara Itali terpaksa menggantung operasi penerbangan buat sementara waktu kelmarin susulan satu insiden ngeri apabila seorang individu maut tersedut ke dalam enjin pesawat, menurut laporan media tempatan.

    Pihak berkuasa lapangan terbang Bergamo Milan memaklumkan bahawa semua penerbangan digantung antara jam 10:20 pagi hingga 12 tengah hari disebabkan satu ‘insiden yang berlaku di landasan’. Siasatan sedang dijalankan.

    Rakaman video yang disiarkan di laman web Corriere della Sera menunjukkan beg mayat berada di atas landasan berhampiran pesawat, dengan anggota bomba kelihatan berada di lokasi kejadian.

    Akhbar tersebut memetik sumber tidak dinamakan daripada pihak lapangan terbang, melaporkan bahawa mangsa dipercayai meluru ke kawasan landasan ketika pesawat sedang bersedia untuk berlepas, lalu tersedut ke dalam enjin pesawat dan meninggal dunia. Kejadian melibatkan pesawat jenis Airbus A319 milik syarikat penerbangan Volotea yang dijadualkan berlepas dari Orio ke Asturias, Sepanyol.

    Agensi berita LaPresse, turut memetik sumber penyiasat yang tidak dinamakan, melaporkan bahawa kejadian itu dipercayai sebagai satu cubaan bunuh diri.

    Pusat bomba lapangan terbang, unit pertolongan cemas dan polis sempadan enggan memberikan sebarang ulasan rasmi berhubung insiden tersebut. – AP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda