Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Individu positif tular di media sosial disiasat

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Masih terdapat mereka yang memandang remah terhadap tindakan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan dalam Perintah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar melahirkan rasa kecewa ketika mengulas perkongsian yang tular mengenai individu yang positif COVID-19 keluar dan membuat pembelian secara pandu lalu.

    Yang Berhormat Dato berkata, kes berkenaan telah dirujuk kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan sepatutnya.

    Semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini, Yang Berhormat Dato sekali lagi menekankan supaya mereka yang membuat ujian swab tidak berjalan-jalan keluar sehingga keputusan swab diperolehi.

    “Sesiapa yang membuat swab secara sukarelawan terutama kaedah pandu lalu supaya mengasingkan diri masing-masing di rumah sehingga keputusan swab dikeluarkan,” tegas Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Mereka tidak dibenarkan berjalan-jalan walaupun membuat pembelian secara pandu lalu dan sebagainya, kerana walaupun kaedah pandu lalu ia masih boleh memberi risiko yang menyebabkan penularan, ujarnya lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda