Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Individu Qatar berminat melabur

    IPOH, 16 Dis – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, hari ini mendedahkan, terdapat individu dari Qatar yang mahu melabur di dalam projek kereta nasional ketiga cetusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Tanpa memberikan butiran secara terperinci, Khalid berkata, individu berkenaan menyatakan hasrat untuk melabur sebanyak AS$400 bilion di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

    Bagi Malaysia, individu berkenaan ingin melabur dalam projek kereta nasional ketiga. “Tun Dr Mahathir berjumpa dengan Syeikh Qatari dari Qatar yang hendak melabur AS$400 bilion di seluruh dunia dengan sebahagiannya di Malaysia… Tun Dr Mahathir memberitahu, kamu ada duit, kami ada kepakaran. Dalam kabinet kita dah letakkan syarat, nak buat kereta ketiga, jangan guna duit kerajaan, kerajaan tak ada duit. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda