Friday, February 7, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Individu, syarikat kena kompaun

    Oleh Daniel Lim
    Gambar serahan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria

    BELAIT, 30 MAC – Sebuah syarikat dan seorang individu telah didenda masing-masing dengan denda kompaun sebanyak $1,000 dan $500 oleh Bahagian Penguatkuasaan dari Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria kerana melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021.

    Syarikat tersebut, yang dikenalpasti sebagai Icebar Shabu-Shabu di Kampung Pandan, didapati meninggalkan bekas tin-tin minyak di tempat awam, serta membiarkan paip saliran air patah yang menyebabkan air kotor mengalir ke longkang di bahagian belakang premis.

    Sementara itu, seorang individu yang dikenal pasti sebagai Sugeng Riadi telah meninggalkan bekas bahan-bahan pembinaan seperti batu bata di tempat awam di Kampung Mumong, Kuala Belait. Kedua-dua syarikat dan individu diberi tempoh tujuh hari untuk menyelesaikan denda, dan kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan kes itu dibawa ke mahkamah.

    Menurut Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021, individu yang gagal menyelesaikan denda dalam tempoh tujuh hari akan dibawa ke mahkamah dan boleh dikenakan denda sebanyak $1,000 dan tidak melebihi $3,000 untuk kesalahan pertama dan denda sekurang-kurangnya $3,000 dan tidak melebihi $9,000, penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.

    Keadaan longkang di bahagian belakang restoran berkenaan.
    Bekas bahan-bahan pembinaan yang dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda