Thursday, September 19, 2024
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Individu tuduh Intan tak bayar gaji pekerja

    Pelakon Datin Intan Najuwa memberi tempoh 24 jam kepada seorang individu untuk bersemuka dengannya selepas mendakwa dia tidak membayar gaji pekerja.

    Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, berkata, sekiranya individu tersebut gagal berbuat demikian dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

    Pelakon berkenaan turut mendedahkan wajah lelaki yang membuat tuduhan tersebut di Instagram miliknya.

    “Inilah lelaki yang cari fasal dengan saya. Mari, saya nak berjumpa dengan awak sebab saya pun tak kenal awak.

    “Saya beri awak masa 24 jam untuk berdepan dengan saya, kalau tidak saya akan ambil tindakan undang-undang.

    “Saya tak takut sebab kebanyakan pekerja sahaja yang buat fasal dengan saya,” katanya.

    Intan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada petang Khamis.

    Menerusi perkongsian tersebut, Intan turut memuat naik tangkap layar komen ditinggalkan seorang lelaki yang mengingatkan aktres berkenaan agar tidak lupa membayar gaji pekerja.

    Dalam pada itu, Intan menakan dakwaan tersebut dan berkata dia tidak mempunyai sebarang hutang terhadap mana-mana individu sebaliknya orang lain yang berhutang dengannya. – Agensi

    Intan menjelaskan tidak pernah culas membayar gaji pekerja. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda