Monday, January 27, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Individu ugut bunuh terhadap Harith ditahan

    Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan pihak berkuasa kerana disyaki membuat ancaman bunuh terhadap pelawak Harith Iskandar dan keluarganya.

    Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Razarudin Husain yang memaklumkan suspek direman sehingga 28 Januari bagi membantu siasatan.

    “Lelaki itu mengugut dengan nada kasar dan ingin membunuh pelawak terbabit.

    “Pengurus kepada pelawak itu menerima mesej gambar anak yang mengandungi mesej berbaur ugutan,” katanya menurut mStar.

    Penahanan lelaki tersebut susulan laporan polis yang dibuat oleh Dr Jezamine Lim iaitu bekas isteri Harith dan turut bertindak sebagai pengurus kerjaya pelawak itu.

    Dr Jezamine (kanan) membuat laporan polis selepas menerima ugutan. – mStar

    Laporan berkenaan dibuat pada pukul 7:31 malam pada Jumaat di Balai Polis Dang Wangi.

    Menurut Razarudin, Harith menerima dua ugutan sejak Selasa lalu dipercayai disebabkan kenyataan berkaitan isu ‘ham’ yang pernah dibuat sebelum ini.

    Pihak polis turut merampas telefon bimbit suspek bagi membantu siasatan.

    Suspek kini direman dan disiasat di bawah Seksyen 506, menyentuh kesalahan menakutkan secara jenayah dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK) mengenai perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang.

    Dr Jazemine sebelum ini memaklumkan dia dan Harith terpaksa mengambil keputusan untuk membatalkan persembahan Punchline: Harith Iskander 35 Years of Laughter yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Sabtu di Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

    Keputusan tersebut dibuat selepas keluarga mereka menerima ugutan ancaman bunuh daripada individu yang tidak dikenali. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda