Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – Mi goreng kegemaran ramai, Indomie Mi Goreng, dilancarkan semula ke pasaran Brunei dengan perisa-perisa kegemaran lain termasuk, Soto Sup dan Sup Kari Ayam oleh pengedar tempatan berpengalaman, Aiking Trading Company, secara eksklusif.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Aiking Trading Company, Indomie boleh didapatkan di lebih 80 buah negara di seluruh dunia termasuk Negara Brunei Darussalam di mana Indomie Mi Goreng merupakan pilihan popular jenama berkenaan di mana ia mudah untuk disediakan iaitu dengan merebus mi, buang airnya serta campur dan gaul dengan perencah yang disediakan.