Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia: 20 mangsa pemerdagangan dibebaskan di Myanmar

    JAKARTA, INDONESIA, 7 MEI – Pegawai-pegawai Indonesia hari ini berkata, mereka membebaskan 20 warganegara mereka yang diperdagangkan ke Myanmar sebagai sebahagian daripada penipuan siber, di tengah-tengah peningkatan kes pemerdagangan manusia di Asia Tenggara.

    Kementerian Luar Indo-nesia dalam kenyataan berkata, kedutaannya di Yangon dengan bantuan rangkaian tempatan telah berjaya membebaskan mangsa dari perbandaran Myawaddy dan membawa mereka ke sempadan Thailand, kelmarin.

    Kedutaan Indonesia di Bangkok akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand untuk menghantar pulang mangsa, menurut kenyataan itu.

    Myawaddy berada di timur negeri Kayin di sepanjang sempadan Thailand dan merupakan lokasi konflik bersenjata antara tentera Myanmar dan pemberontak etnik Karen.

    Perekrut palsu telah menawarkan pekerjaan bergaji tinggi kepada warga Indonesia di Thailand tetapi sebaliknya memperdagangkan mereka ke Myawaddy, kira-kira 567 kilometer di selatan Naypyidaw, ibu negara, untuk melakukan penipuan siber bagi laman web atau aplikasi crypto, kata Judha Nugraha, seorang pegawai di Kementerian Luar Negara Indonesia. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda