Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Indonesia akui G20 tahun ini paling mencabar

    JAKARTA, 14 OKT – Indonesia yang menjadi presiden Kumpulan 20 (G20) bersedia melakukan apa sahaja yang termampu demi memastikan Sidang Kemuncak Pemimpin Dunia berjaya, kata Menteri Luar Retno Marsudi.

    Sebagai tuan rumah, Indonesia berperanan mengelola dinamik global semasa yang luar biasa dan memastikan forum kerjasama 20 ekonomi utama dunia kekal di landasan untuk mencapai objektif. Bagaimanapun, beliau mengakui sebagai “presiden G20 tahun ini mungkin presiden yang paling sukar memandangkan dunia sedang menghadapi berbilang krisis.”

    Dalam sidang media mingguan, Retno berkata pandemik Covid-19 dan perang di Ukraine belum berakhir, ketegangan geopolitik meningkat serta berlaku krisis makanan, tenaga dan kewangan.

    “Dalam situasi normal, rundingan di G20 tidak pernah mudah, apatah lagi dalam situasi sekarang… Jadi anda boleh bayangkan tahap kesukaran.

    Justeru, Indonesia akan terus menggesa negara anggota menunjukkan tanggungjawab mereka kepada dunia kerana G20 masih mampu memberi respons terhadap krisis global. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan Menteri Luar China, Wang Yi berjabat tangan dengan Retno Marsudi semasa pertemuan Menteri-menteri Luar G20 di Bali pada Julai lalu. Retno Marsudi mengakui sebagai “presiden G20 tahun ini mungkin presiden yang paling sukar memandangkan dunia sedang menghadapi berbilang krisis. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...