Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia bakal hasilkan dua pil COVID-19 tempatan

    JAKARTA, 20 JAN – Indonesia menyasarkan penghasilan dua jenis pil antiviral COVID-19 tempatan, Molnupiravir (gambar) dan Paxlovid pada April atau Mei tahun ini.

    “Kerajaan akan terus memastikan bekalan ubatan COVID-19 untuk kegunaan domestik mencukupi bagi menghadapi gelombang virus SARS-CoV-2,” kata jurucakap petugas khas COVID-19 kerajaan, Reisa Broto Asmoro dalam satu sidang media maya.

    Kerajaan telah memperoleh 400,000 tablet Molnupiravir untuk merawat COVID-19 melalui syarikat pembekal ubat generik India, PT Amarox Pharma Global. Molnupiravir yang dibangunkan oleh Merck & Co dan Ridgeback Biotherapeutics dan Paxlovid oleh Pfizer akan dihasilkan di kilang PT Amarox Pharma Global di daerah Bekasi.

    Pil antivirus berfungsi memperkenalkan ralat pada kod genetik virus SARS-CoV-2 dan menghalang virus daripada terus berganda.

    Negara yang memiliki bilangan penduduk keempat tertinggi di dunia itu menyaksikan jumlah kes COVID-19 didorong varian Omicron meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda