Sunday, March 23, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia bangunkan lapangan terbang Nusantara

    JAKARTA, 1 NOV – Indonesia sedang membangunkan sebuah lapangan terbang de-ngan kos 4.3 trilion rupiah (AS$270 juta) di Nusantara, ibu negara Indonesia yang terletak di Wilayah Kalimantan Timur di pulau Borneo.

    Presiden Joko Widodo, juga dikenali mesra sebagai Jokowi, berkata lapangan terbang baharu itu dijangka mula beroperasi seawal pertengahan tahun 2024, dengan operasi penuh dijangka pada hujung tahun yang sama.

    Lapangan terbang baharu itu meliputi kawasan seluas 347 hektar, termasuk landasan berukuran 3,000 x 45 meter yang direka untuk menampung pesawat berbadan lebar.

    “Lapangan terbang ini mempunyai terminal seluas 7,350 meter persegi untuk menyediakan perkhidmatan yang selesa kepada penumpang,” kata Jokowi pada majlis pecah tanah yang disiarkan secara langsung di media sosial hari ini.

    Beliau berkata lapangan terbang itu akan meningkatkan akses dan kesalinghubungan kawasan berkenaan, menjadikannya mudah dihubungkan daripada mana-mana lokasi selain meningkatkan daya saing rantau itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda