JAKARTA, 5 MAC – Indonesia akan membangunkan daerah Sanur di Bali menjadi Zon Ekonomi Khas Kesihatan (SEZ) bertaraf dunia, dengan menumpukan kepada pelancongan perubatan khusus buat pelancong berusia.
Semasa berucap di webinar Forum Pelabur 2021 baru-baru ini, Menteri Perusahaan Syarikat Milik Kerajaan Indonesia, Erick Thohir menekankan potensi Sanur, yang merupakan sebuah bandar pesisir pantai dan pusat peranginan terkenal di selatan Bali. – Bernama