Sunday, January 5, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia beli 12 dron ANKA

    JAKARTA, INDONESIA, 2 OGOS — Kerajaan Indonesia telah membeli 12 buah dron bernilai AS$300 juta dari Turkish Aerospace sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan sistem pertahanan Indonesia, menurut kenyataan bertulis daripada Kementerian Pertahanan Indonesia hari ini.

    Pembelian itu bertujuan untuk meningkatkan kepelbagaian, kuantiti, dan kualiti peralatan pertahanan ketenteraan Indonesia dengan kontrak yang ditandatangani pada 3 Februari bersama Turkish Aerospace, yang berpangkalan di ibu negara, Ankara.

    12 unit dron ANKA dijangka akan dihantar sebelum November 2025.

    Pada Januari lalu, Indonesia mengukuhkan lagi perjanjian bernilai AS$805 juta untuk membeli dua belas jet pejuang Mirage 2000-5 yang canggih dan pernah digunakan oleh tentera udara Qatar.

    Pembelian itu, yang dikeluarkan oleh syarikat Perancis, Dassault Aviation, dikritik kerana jangka usia peralatan tersebut diragukan. Namun, Kementerian Pertahanan menyatakan bahawa Indonesia memerlukan peralatan pertahanan pesawat pejuang yang dapat diserahkan dengan cepat untuk mengukuhkankan persiapan pertahanan tentera udaranya kerana banyak pesawat yang sedia ada di negara itu kelihatan agak lapuk.

    Sebahagian daripadanya sedang dinaik taraf, baik pulih atau dibaiki semasa menunggu pesawat baharu yang telah ditempah.

    Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto, juga telah bersetuju untuk membeli 42 unit pesawat pejuang Dassault Rafale pada Februari 2022. – AP

    Sebuah dron ANKA yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries dipersembahkan di Pertunjukan Udara Paris, 21 Jun, di Le Bourget, utara Paris. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda