Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Indonesia beli dua kapal selam Perancis

    PARIS, 2 APRIL – Indonesia telah menempah dua kapal selam penggempur kelas Scorpene daripada Naval Group Perancis sebagai sebahagian daripada perjanjian kerjasama pertahanan yang ditandatangani dengan Paris pada 2021, kata syarikat itu hari ini.

    Pengumuman itu dibuat lebih dua minggu selepas kerajaan Belanda memilih Naval Group untuk perjanjian kapal selam, memberikan syarikat itu rangsangan tiga tahun lagi selepas Australia secara tiba-tiba membatalkan kontrak utama.

    Di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di rantau Asia-Pasifik, Indonesia telah menandatangani beberapa perjanjian dengan syarikat pertahanan Perancis dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Di bawah perjanjian 2021 dengan Perancis, Indonesia juga telah membuat tempahan untuk 42 jet pejuang Rafale bernilai AS$8.1 bilion.

    Kapal selam elektrik diesel Scorpenes, yang mampu membawa 18 torpedo dan peluru berpandu, akan dibina di limbungan PT PAL di Indonesia, kata Naval Group dalam satu kenyataan.

    Di bawah perjanjian itu, Naval Group akan memindahkan kepakaran teknologinya, manakala ‘pengurusan, operasi dan penyelenggaraan akan dijalankan di Indonesia’ oleh rakyat Indonesia.

    Perjanjian itu akan mewujudkan ribuan pekerjaan berkemahiran tinggi dalam jangka panjang, tambah Naval Group.

    “Naval Group amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada bab baharu dalam pakatan strategik antara Indonesia dan Perancis,” kata ketua eksekutif firma Perancis itu, Pierre Eric Pommellet. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...