JAKARTA, 24 JAN – Indonesia hari ini membenarkan perjalanan rentas sempadan bebas kuarantin antara Singapura dengan dua bandar Indonesia, Batam dan Bintan yang dihasratkan menghidupkan semula sektor pelancongan di kedua-dua kawasan, kata pegawai hari ini.
“Kerajaan telah menggalakkan gelembung perjalanan antara bandar-bandar Batam, Bintan dan Singapura untuk mempertingkatkan pemulihan industri pelancongan,” Menteri Penyelaras bagi Ekonomi, Airlanggar Hartarto memberitahu satu sidang media maya.
Dengan dokumen ujian negatif bagi koronavirus dalam masa 72 jam, pengunjung dari Singapura yang lengkap vaksin COVID-19 dibenarkan memasuki kedua-dua bandar melalui terminal bot di Nongsa Batam dan Telani Bintan. Pengunjung bagaimanapun perlu mempunyai insurans dengan jaminan S$30,000 untuk mengaktifkan program dan aplikasi pengesanan COVID-19 Indonesia.
Timbalan bagi Infrastruktur, Tenaga dan Pelaburan Pejabat Presiden Indonesia, Febry Calvin Tetelepta mengatakan hari ini bahawa ketidakpastian situasi pandemik COVID-19 di kedua-dua negara sudah pun menangguhkan pelan itu beberapa kali.
Gelembung perjalanan dijangka memulihkan ekonomi kedua-dua bandar dan memberikan kesan berganda ke atasnya, kata Tetelepta. – Xinhua
