Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Indonesia benarkan operator terpilih eksport arang

    JAKARTA, 13 JAN – Indonesia, pengeksport arang termal terbesar dunia, membenarkan beberapa operator menyambung semula penghantaran keluar komoditi tersebut, menteri kanan mengatakan hari ini, menekankan kelonggaran ke atas larangan dikuatkuasakan 1 Januari lalu.

    Sebanyak 37 kapal penuh dengan arang sudah pun dibenarkan untuk eksport kelmarin, menurut satu kenyataan oleh Menteri Penyelaras, Luhut Pandajaitan.

    Larangan eksport Indonesia dilak-sanakan selepas pelombong arang gagal memenuhi tanggungjawab mereka dalam pasaran domestik dan syarikat elektrik negara, PLN memberi amaran kemungkinan gangguan bekalan elektrik.

    Menteri itu mengatakan syarikat-syarikat yang telah memenuhi keperluan untuk menjual sejumlah daripada pengeluaran 2021 mereka kepada syarikat elektrik kerajaan bagi jana kuasa domestik, akan dibenarkan menyambung semula eksport.

    Namun denda akan dikenakan ke atas operator yang gagal memenuhi tanggungjawab kontrak mereka kepada PLN. Kelonggaran dibenarkan selepas simpanan arang domestik bagi bekalan kuasa mencapai satu tahap selamat, tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...