Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia beri reaksi positif terhadap Misi Pecutan Eksport MATRADE

    JAKARTA, 20 DIS – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) melalui Misi Pecutan Eksport (EAM) yang terkini ke Indonesia telah mendapat sambutan positif daripada pemain-pemain industri republik itu.

    Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE Jakarta, Suresh Kumar R Palasanthiran berkata sebanyak 43 syarikat pembinaan Indonesia telah mendaftar untuk mesyuarat perniagaan ke perniagaan (B2B) dengan rakan perniagaan mereka di Malaysia.

    Delegasi Malaysia, dalam misi empat hari yang berakhir esok, termasuk wakil daripada Matrade, Kementerian Kerja Raya dan Invest Selangor Bhd, menampilkan 24 syarikat dan jabatan kerajaan dengan 45 perwakilan.

    Objektif misi itu adalah untuk meneroka prospek perniagaan yang berpotensi melalui perkongsian strategik dan usaha sama dengan memberi tumpuan kepada projek-projek di ibu kota baharu Indonesia, Nusantara dan inisiatif-inisiatif infrastruktur lain merentasi pelbagai wilayah.

    “Setakat ini, kami telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada syarikat-syarikat Indonesia. Kami berharap untuk mencapai sesuatu yang konkrit, seperti projek perumahan kerajaan atau infrastruktur rel.

    “Kami optimis bahawa menjelang akhir misi ini, akan ada sesuatu yang positif yang boleh diumumkan,” katanya kepada pemberita di luar acara misi itu. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda