Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia buka sebahagian sekolah

    JAKARTA, 30 OGOS – Bunyi loceng sekolah di sebahagian kawasan di ibu negara berdering lagi selepas sekolah-sekolah yang ditutup akibat koronavirus selama hampir setahun, dibenarkan dibuka semula hari ini, dengan jumlah harian kes COVID-19 negara itu semakin berkurangan.

    Sejumlah 610 sekolah lulus ujian dikehendaki oleh Agensi Pendidikan Jakarta untuk membuka semula sekolah mereka buat pertama kali sejak pandemik bermula, meskipun banyak langkah waspada dilaksanakan.

    Pentadbiran bandar itu pada mulanya merancang membuka semula sekolah dalam Jun namun rancangan itu ditangguhkan ketika satu lagi gelombang jangkitan dicetuskan oleh varian mudah berjangkit, Delta membelenggu negara.

    “Kita melepasi kemuncak gelombang kedua jangkitan COVID-19,” kata Naib Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria memberitahu wartawan hari ini, menambah bahawa mereka berharap membuka semula semua sekolah dalam Januari.

    Terdapat kira-kira 5,341 buah sekolah di Jakarta, daripada sekolah rendah sehingga menengah, menurut data kerajaan.

    Pelajar memakai pelitup muka bagi membantu mencegah penularan COVID-19 semasa menghadiri kelas pada hari pertama pembukaan semula sebahagian sekolah di Jakarta, Indonesia, 30 Ogos. – AP

    “Saya agak gementar,” kata Akila Malawa, seorang pelajar berusia 12 tahun yang masuk ke kelas buat pertama kalinya dalam lebih setahun di sekolah rendah atas Suluh. “Namun saya gembira berjumpa teman-teman semula,” tambahnya.

    Sekolah-sekolah di beberapa buah bandar di luar Jakarta juga dibuka semula pada Isnin.

    Meskipun sekolah mula dibuka, peraturan kerajaan bagi kemudahan sekolah berubah berbanding kebiasaan. Berbual-bual dalam kelas tidak dibenarkan, pelitup muka mesti digunakan sepanjang masa dan tidak ada seorang pun keluar semasa rehat.

    Sekolah juga dibenarkan beroperasi dalam kapasiti 50 peratus sahaja dalam dua sesi. Guru-guru pula mesti divaksinasi.

    Pembelajaran bersemuka akan digabungkan dengan pembelajaran jarak jauh dan akan ditingkatkan secara beransur-ansur berdasarkan penilaian situasi oleh kerajaan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda