MEDAN, Indonesia, 17 Mei – Sekurang-kurangnya 100 bantuan telah melarikan diri dari penjara di Indonesia, kata pihak berkuasa kelmarin, selepas lebih kurang seminggu kejadian seumpamanya berlaku di salah sebuah penjara di negara itu.
Banduan yang melarikan diri dari penjara termasuk mereka yang didakwa atas kesalahan dadah di Sumatera Utara kelmarin itu bermula selepas berlaku satu kebakaran yang dicetuskan oleh para banduan sebagai tanda bantahan mereka terhadap layanan yang mereka terima di dalam penjara itu.
“Mereka marah dan membakar motosikal pegawai-pegawai penjara,” kata Solden, seorang penduduk tempatan.
Beratus-ratus penghuni penjara itu melarikan diri selepas kejadian itu, tetapi kebanyakannya daripada mereka sudah ditahan semula.
Sekurang-kurangnya 100 lagi lainnya masih bebas.

“Mereka harus menyerahkan diri dan meneruskan sisa hukuman mereka,” kata ketua polis Sumatera Utara, Agus Andrianto.
“Melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan ia hanya akan mewujudkan lebih banyak masalah,” katanya.
Kejadian banduan melarikan diri itu berlaku selepas lebih daripada 100 orang tahanan melarikan diri dari penjara lainnya di Sumatera selepas berlakunya rusuhan.
Tiga tahanan mengalami kecederaan dan seorang anggota polis ditembak semasa rusuhan itu, kata pegawai kesihatan tempatan kepada AFP.
Beberapa tahanan ditangkap semula tetapi puluhan masih bebas, kata pihak berkuasa. – AFP