Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Indonesia cari sokongan China untuk pembangunan digital luar bandar

    JAKARTA, 28 MEI – Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia, Budi Arie Setiadi sedang mendapatkan sokongan China untuk pembangunan digital di kawasan luar bandar Indonesia.

    Perkara itu dibincangkan semasa sesi dua hala dengan Timbalan Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Shan Zhongde di Pusat Konvensyen Antarabangsa Geneva di Switzerland.

    Lawatan Budi Arie ke Geneva mendahului perjalanan yang dijadualkan ke Shanghai, di mana beliau berhasrat untuk mengukuhkan kerjasama digital dengan China pada Jun.

    Dalam mesyuarat berkenaan, beliau menekankan komitmen Indonesia untuk memajukan kecerdasan buatan (AI) dan melabur dalam sumber manusia demi kemajuan negara.

    “Indonesia mengutamakan ekonomi digital dan penggunaan AI yang beretika untuk mengelak perangkap pendapatan sederhana,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    Gambar Freepik

    Kelmarin, kementerian dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) melancarkan inisiatif baharu untuk menilai kesediaan Indonesia dalam menerima pakai dan membangunkan AI.

    Penilaian menggunakan Metodologi Penilaian Kesediaan AI (RAM), alat yang dibangunkan oleh UNESCO yang selaras dengan piawaian etika global.

    Sementara itu, Zhongde mengesahkan hasrat China untuk membantu Indonesia dalam transformasi digitalnya, khususnya dalam sektor telekomunikasi, termasuk 5G atau standard teknologi generasi kelima untuk rangkaian selular, 6G dan AI.

    Beliau juga menyatakan harapan bahawa Indonesia akan turut serta dalam forum antarabangsa mengenai industri digital dan AI yang akan datang di China pada September, sambil menekankan kepentingan kerjasama untuk kemajuan masyarakat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...