Indonesia catat 40 kematian dalam tempoh 24 jam

JAKARTA, 9 APRIL – Indonesia merekodkan sebanyak 40 kematian dalam tempoh 24 jam akibat COVID-19, jumlah tertinggi setakat ini sejak kematian pertama pada 11 Mac lepas.

Jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 280 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 327 lagi kes baharu direkodkan menjadikan jumlah positif wabak itu kini sebanyak 3,293 kes.

Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 142 kes, diikuti Jawa Barat (40), Jawa Tengah (22), Banten (20), dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama