Indonesia catat 43 lagi kematian

JAKARTA, 14 JUN – Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 38,000 dengan jumlah kematian sebanyak 2,134 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 857 kes positif baharu dicatatkan di seluruh Indonesia dengan 43 lagi kematian.

“Kes positif kini berjumlah 38,277 manakala sebanyak 13,574 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media harian mengenai COVID-19 yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 600 kes, diikuti provinsi Jakarta (555) , Jawa Barat (161), Kalimantan Selatan (125) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama