Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia catat lebih 10,000 jangkitan, 792 kematian

    JAKARTA, 30 APRIL – Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 10,118 kes, dengan tambahan 347 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam.

    Menurut jurucakap pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, ketika ini sebanyak 21,827 pesakit di bawah pengawasan virus itu.

    “Dalam tempoh 24 jam, dari 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, berlaku lapan lagi kematian, menjadikan jumlah kematian kini meningkat kepada 792 orang,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan di YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda