Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia catat peningkatan kes sub varian Omicron

    JAKARTA, 29 JUN – Indonesia telah menyaksikan peningkatan jumlah jangkitan COVID-19 yang baharu disahkan dalam beberapa minggu kebelakangan selepas kemunculan sub varian Omicron BA.4 dan BA.5 di negara itu.

    Negara itu pada mulanya mengesan kes pertama bagi dua sub varian berkenaan pada 10 Jun dengan lebih 1,000 kes harian telah direkodkan dalam dua minggu ini.

    Pada Rabu, pihak berkuasa kesihatan telah mengesahkan 2,149 kes baharu dengan lebih daripada 16,000 kes aktif dalam tempoh 24 jam. Kes-kes aktif bermakna mereka yang masih dianggap boleh berjangkit.

    Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin baru-baru ini meramalkan bahawa kes-kes kemuncak sub varian Omicron BA.4 dan BA.5 di negara itu akan berlaku pada minggu kedua hingga ketiga Julai.

    Beliau membuat ramalan itu selepas memerhatikan Afrika Selatan, yang pertama kali mengesan kemunculan sub-sub varian berkenaan. – Xinhua

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda