Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia dedah dalang perjudian dalam talian

    JAKARTA, 29 JULAI – Presiden Indonesia, Joko Widodo, Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo dan pegawai tinggi lain mendakwa tidak mengetahui individu yang dikenali sebagai T, yang disyaki menjadi dalang di sebalik operasi perjudian dalam talian di negara itu.

    Individu tersebut sebelum ini didedahkan kepada media oleh Ketua Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI), Benny Ramdhani.

    “Kami sebenarnya sudah tahu bahawa dalang di sebalik perjudian dalam talian dan penipuan dalam talian di Indonesia berasal dari Kemboja,” kata Benny pada Khamis lalu, sambil menambah bahawa beliau telah melaporkan individu tersebut kepada Presiden Jokowi dalam satu mesyuarat tertutup.

    Beliau juga mendedahkan bahawa BP2MI mengenal pasti suspek selepas agensi itu menjejaki penempatan haram pekerja asing Indonesia di Kemboja.

    “Ia merupakan seseorang yang, selama Indonesia wujud, mungkin kebal terhadap undang-undang,” kata Benny.

    Namun, ketika ditanya oleh wartawan pada Jumaat lalu, Jokowi menegaskan bahawa beliau tidak tahu mengenai individu yang disebut oleh BP2MI.

    “Saya tidak tahu apa-apa tentang itu. Sila tanya sahaja Pak Benny,” katanya, memetik laporan Kompas.com. – ANN/The Jakarta Post

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda