JAKARTA – Bunyi keletak lato-lato kini menjadi fenomena dengan alat mainan itu semakin popular dalam kalangan jutaan rakyat Indonesia, dari Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo kepada pelajar di seluruh negara, ketika ia kembali dimainkan selepas hampir tiga dekad. Aji masuk ke dewan sekolahnya selepas cuti Krismas dan Tahun Baharu, teruja untuk bertemu dengan teman-temannya di sekolah