Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia gagalkan serangan Daesh

    JAKARTA, 7 Mei – Indonesia menggagalkan usaha militan berkaitan Daesh untuk melancarkan siri pengeboman ketika ia mengumumkan keputusan pilihan raya rasmi bulan ini, kata pihak berkuasa.

    Polis Indonesia, semalam berkata mereka menahan lapan suspek di beberapa lokasi sejak minggu lalu, termasuk di Sumatera dan berhampiran Jakarta.

    Tangkapan dibuat selepas pengeboman nekad ketika sambutan Easter yang membunuh 257 di Sri Lanka, dan ketika Indonesia menyambut ulang tahun serangan pengganas paling buruk dalam masa beberapa tahun, yang menyaksikan 12 maut di gereja yang disasarkan pengebom nekad Daesh Mei lalu.

    Pihak berkuasa berkata, militan yang ditahan ialah anggota Jemaah Anshurat Daulah (JAD), kumpulan tempatan yang berjanji taat setia kepada Daesh dan dipersalahkan di atas pengeboman gereja tahun lalu.

    Kumpulan itu bercadang meletupkan bom di pelbagai lokasi ketika negara itu menyiarkan keputusan pilihan raya pada 22 Mei. — AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda