Tuesday, May 6, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia gantung projek kripto imbasan mata

    JAKARTA, 5 MEI – Pihak berkuasa Indonesia mengumumkan telah menggantung projek mata wang kripto Worldcoin, yang menggunakan teknologi imbasan bebola mata dan diasaskan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman, susulan siasatan di beberapa negara.

    Sejak dilancarkan pada 2023, berjuta-juta individu telah mengimbas corak iris mereka untuk mencipta ‘World ID’ – bukti bahawa mereka adalah manusia sebenar dan membolehkan mereka menjalankan transaksi.

    Menurut Worldcoin, data tersebut dienkripsi dan selamat, namun projek itu berdepan pelbagai isu berkaitan penggunaan data peribadi di beberapa negara termasuk Hong Kong, Kenya, Sepanyol dan Portugal.

    Penggantungan oleh Indonesia, yang diumumkan kelmarin, dilakukan susulan aduan orang awam berkenaan aktiviti mencurigakan di platform berkenaan, kata seorang pegawai daripada Kementerian Komunikasi dan Digital.

    “Pembekuan ini adalah langkah pencegahan untuk mengelakkan potensi risiko kepada orang ramai,” kata Alexander Sabar, Ketua Pengarah Pengawasan Ruang Digital kementerian itu.

    Kerajaan juga akan memanggil pengendali tempatan Worldcoin – PT Terang Bulan Abadi dan PT Sandina Abadi Nusantara – bagi memberikan penjelasan berkenaan aktiviti mereka, tambahnya.

    Projek tersebut bertujuan menyelesaikan antara cabaran utama dalam industri kripto yang banyak bergantung kepada nama samaran, menjadikannya terdedah kepada spam bot dan penipuan. – AFP

    Sebuah bangunan terbiar yang memaparkan logo Worldcoin dilihat di kawasan perumahan mewah di Jakarta, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda