Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Indonesia halang skuad memanah M’sia raih emas

    HANOI, 19 MEI – Skuad memanah Compound Lelaki Malaysia hanya dipisahkan satu mata daripada merangkul pingat emas Sukan SEA buat kali keempat berturut-turut, selepas tewas kepada Indonesia pada aksi penentuan emas yang mendebarkan di sini, hari ini.

    Kekalahan itu menyaksikan trio Malaysia diketuai pemanah senior Mohd Juwaidi Mazuki bersama dua junior iaitu Wong Co Wan dan Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli tidak berjaya mempertahankan emas compound berpasukan lelaki yang diraih Malaysia sejak edisi 2015 di Singapura.

    Pada aksi berlangsung di lapang sasar memanah di Pusat Latihan Sukan Hanoi itu, mereka terpaksa berpuas hati membawa pulang perak selepas tewas 229-230 kepada Prima Wardhana Winsu, Hendika Putra Pratama dan Deki Hastian Adika. Pingat gangsa acara itu diraih Paul Marton Dela Cruz Santos, Florante Matan Flor dan Andrei Johann Olaño Feliciano dari Filipina.

    Pada masa sama, beliau berbangga dengan keputusan dicatat pasukan meskipun tanpa dibarisi pemanah berpengalaman. Malah beliau enggan menganggap keputusan ini sebagai kekalahan, sebaliknya ia adalah satu ujian kepada pasukan untuk membaiki kekurangan. – Bernama

    Atlet memanah Malaysia, Juwaidi Marzuki, ketika beraksi dalam acara akhir Compound Individu Campuran pada Sukan SEA ke-31 kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...