Thursday, January 9, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia hantar 425,000 tenaga kerja ke luar negara pada 2025

    JAKARTA, 7 JAN – Indonesia merancang untuk menghantar sekurang-kurangnya 425,000 tenaga kerja ke luar negara pada 2025, lapor Xinhua.

    Menteri Perlindungan Pekerja Migran Abdul Kadir Karding kelmarin berkata penghantaran tenaga kerja itu dijangka meningkatkan ekonomi Indonesia sebanyak 0.52 peratus melalui potensi pendapatan pertukaran asing.

    “Tahun ini, kami memutuskan untuk meningkatkan sasaran agar tenaga kerja Indonesia dapat memanfaatkan peluang pekerjaan yang ada di luar negara secara optimum dan menyumbang kepada ekonomi negara,” kata Karding kepada pemberita di Jakarta.

    Beliau menyatakan bahawa pada 2024, Indonesia menghantar 297,000 tenaga kerja ke luar negara, yang menyumbang kepada pendapatan pertukaran asing sebanyak 251 trilion rupiah (AS$15.5 bilion) dan membantu memacu pertumbuhan ekonomi sekitar 0.36 peratus.

    “Penghantaran tenaga kerja juga membantu mengurangkan kadar pengangguran sebanyak 3.98 peratus daripada jumlah 7.47 juta pengangguran yang direkodkan pada 2024,” kata Karding. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda