Tuesday, March 18, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia hargai bantuan Malaysia

    JAKARTA, 4 DIS – Indonesia menzahirkan penghargaan kepada Malaysia yang sering membantu negara itu setiap kali ditimpa musibah bencana alam.

    Penghargaan itu disampaikan Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Doni Monardo kepada Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Zainal Abidin Bakar, dalam satu pertemuan di ibu pejabat BNPB hari ini.

    “Terima kasih kepada Malaysia melalui Duta Besar Datuk Zainal Abidin Bakar kerana telah banyak membantu Indonesia dalam rangka pemulihan atas rentetan kejadian bencana alam yang terjadi pada waktu dua dekad ini.

    “Mulai dari bencana gempa dan tsunami di Aceh (tahun 2004), gempa di Padang (2009), gempa di Nusa Tenggara Barat, gempa dan tsunami di Palu (2018) serta kebakaran hutan dan ladang,” kata Doni.

    Berkenaan isu jerebu akibat kebakaran hutan dan ladang di Indonesia yang turut menjejaskan Malaysia pada Ogos dan September lepas, Doni berkata Indonesia telah melakukan segala-galanya dalam menangani isu itu termasuk bertungkus-lumus dalam operasi memadam. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda