Saturday, September 14, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia hos latihan ketenteraan berbilang negara

    SIDOARJO, INDONESIA, 26 OGOS – Ribuan anggota tentera dari Indonesia, Amerika Syarikat (AS) dan lapan negara lain hari ini memulakan latihan selama dua minggu, memberi tumpuan kepada keupayaan bersama di Asia Pasifik.

    Rantau ini, khususnya di Laut China Selatan, telah menyaksikan ketegangan meningkat tahun ini dengan pertikaian antara negara pesisir menuntut kedaulatan ke atas pulau-pulau dan laluan air yang dipertikaikan.

    Latihan tahunan itu – dikenali sebagai Perisai Super Garuda – bermula di Sidoarjo, Jawa Timur, dengan Indonesia mengerahkan lebih 4,400 tentera untuk latihan itu.

    Tentera Indonesia berkata kira-kira 1,800 tentera AS dan beberapa ratus dari negara-negara lain juga akan mengambil bahagian.

    Latihan itu, yang pertama kali diadakan pada 2007, telah berkembang menjadi ‘acara bersama/multinasional bertaraf dunia yang direka untuk meningkatkan keupayaan kolektif,” kata Mejar Jeneral Joseph Harris, Komander Pengawal Kebangsaan Udara Hawaii.

    Program itu termasuk pertukaran akademik pakar, bengkel pembangunan profesional, latihan perintah dan kawalan dan latihan lapangan yang akan berakhir dengan acara menggunakan peluru hidup, tambahnya.

    Latihan akan merangkumi eksesais kakitangan dan siber, operasi udara, serangan bersama, latihan amfibia dan simulasi operasi darat. – AFP

    Sebuah Bell Boeing V-22 Osprey dilihat di atas landasan ketika upacara pembukaan latihan ketenteraan bersama Perisai Super Garuda di Pusat Penerbangan Tentera Laut Indonesia di Sidoarjo, Jawa Timur, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda