JAKARTA, 6 JULAI – Indonesia mendapatkan oksigen tambahan bagi pesakit-pesakit COVID-19 dari Singapura dan menyeru bagi bantuan daripada negara-negara lain termasuk China dengan kepulauan itu dilanda gelombang COVID-19 yang paling membawa maut, kata kerajaan hari ini.
Kira-kira 10,000 pemampat, peranti yang menjana oksigen, dihantar dari negara bandar itu dengan sebilangannya tiba menggunakan pesawat kargo Hercules awal hari ini, kata pegawai-pegawai.
“Kami telah berkomunikasi dengan Singapura, China dan sumber-sumber lain” bagi bantuan, menteri kanan Luhut Binsar Pandjaitan berkata.
“Kami juga akan menempah (oksigen) dari negara-negara lain jika kami rasa bekalan-bekalan tidak mencukupi,” tambah beliau. – AFP