Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia intai peluang sertai Piala Dunia

    HONG KONG, 6 OKT – Kelayakan Piala Dunia di Asia mencapai kemuncaknya pada minggu hadapan dengan pasukan bola sepak Indonesia kendalian Patrick Kluivert menjadi antara enam negara yang bersaing merebut dua lagi slot dari rantau Asia.

    Pihak berkuasa bola sepak Indonesia telah mempercayai warga Belanda itu untuk mencapainya, setelah melantik Kluivert sebagai jurulatih sejak Januari.

    Indonesia juga telah menaturalisasikan lebih daripada sedozen pemain yang lahir di Belanda tetapi mempunyai hubungan keluarga dengan negara tersebut.

    “Seluruh negara perlu berdiri di belakang kami,” kata Kluivert, bekas pemain hebat dari Belanda dan Barcelona yang mana pasukan bimbingannya berdepan Iraq dan Arab Saudi dalam Kumpulan B.

    Terdapat dua kumpulan dalam peringkat kelayakan Asia, masing-masing dengan tiga pasukan yang semuanya akan bertemu satu sama lain sekali.

    Pasukan yang menduduki tempat teratas setiap kumpulan layak ke peringkat seterusnya pada tahun depan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

    Piala Dunia 2026 telah diperluaskan kepada 48 pasukan daripada 32, memberikan peluang lebih baik kepada pasukan seperti Indonesia untuk layak.

    “Kami melakukan yang terbaik untuk beraksi pada tahap tertinggi dan menyediakan pemain sebaik mungkin,” kata Kluivert. “Insya-Allah kami bersedia untuk membanggakan negara.”

    Indonesia dan Arab Saudi bertemu Rabu nanti di Jeddah dan ia bakal menjadi sukar Arab Saudi menjadi hos bagi semua perlawanan Kumpulan B dan ia menjadi kelebihan di tempat sendiri.

    Setakat ini, Indonesia telah memenangi tiga daripada enam, kalah dua dan seri satu perlawanan sejak Kulivert menjadi pengurus.

    Arab Saudi bakal jadi pilihan dalam kumpulan yang kini kembali di bawah jurulatih Perancis, Herve Renard selepas Roberto Mancini dipecat setahun lalu.

    Renard penah membimbing Arab Saudi menewaskan Argentina 2-1 semasa acara Piala Dunia 2022 di Qatar.

    Sementara itu, enam pasukan dari Asia telah pun menjamin kelayakan iaitu Jepun, Korea Selatan, Uzbekistan, Iran, Jordan dan Australia. – AFP 

    Patrick Kluivert semasa sidang media menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Australia di Stadium Bola Sepak Sydney, Australia pada 19 Mac lalu. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda