JAKARTA, 29 NOV – Jangkitan COVID-19 di Indonesia hari ini merekodkan jumlah kes harian tertinggi, melepasi angka 6,000 kes sejak kes pertama dikesan 2 Mac lepas.
Sebanyak 6,267 kes baharu dicatatkan di seluruh republik itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 534,226.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 169 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan yang maut akibat COVID-19 di republik itu kini 16,815 kes. – Bernama